Wednesday 10 February 2016

PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

MAKSUD PERPADUAN DAN INTEGRASI
Perpaduan ialah suatu proses penyatuan daripada semua aspek seperti fizikal, sosial, ekonomi dan politik. Integrasi pula melibatkan semua penyatuan di atas termasuk aspek biologikal.
Perpaduan turut didefinisikan sebagai suatu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
Secara umum nya Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum. Mempunyai agama, kebudayaan, adat dan kepercayaan tersendiri. Namun itu lah yang mejadikan Malaysia salah sebuah negara yang unik dari segi kepelbagaian dalam masyarakat. Justeru itu kedua dua konsep ini adalah amat penting bagi mewujudkan perpaduan di Malaysia

ASAS INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL DI MALAYSIA
Pada zaman penjajahan British, pengasingan kaum sangat ketara. Sebahagian besar adalah disebabkan dasar "pecah dan perintah" yang diamalkan oleh British. Jurang pengasingan kaum ini bukan sahaja antara kaum bumiputera dengan bukan bumiputera, bahkan dalam kaum itu sendiri juga. Malahan jurang antara penduduk di kawasan maju dan di kawasan mundur turut jelas diperlihatkan ketika era pemerintahan British.
Justeru fenomena masyarakat majmuk inilah yang perlu diberi perhatian agar perpaduan menjadi kenyataan. Perpaduan dan integrasi boleh didefinisikan sebagai pelaksanaan proses bagi mewujudkan identiti nasional dalam kalangan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Oleh itu sebuah kementerian telah diwujudkan bagi merealisasikan pencapaian konsep perpaduan dan integrasi. Kementerian tersebut adalah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat ditubuhkan pada 27 Oktober 1990.

OBJEKTIF KEMENTERIAN PERPADDUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT SEMASA DITUBUHKAN PADA TAHUN 1990

  • Menggalakkkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan integrasi nasional
  • Memberika bantuan khidmat kebajikan masyarakat
  • Membangun dan mengintegrasikan masyarakat orang Asli
  • Memajukan kepentingan dan penglibatan wanita dalam pembangunan negara
  • Menyelaraskan program kependudukan dan pembangunan keluarga


Bagi melaksanakan usaha kementerian ini, beberapa buah jabatan dibawahnya ditubuhkan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) , Jabatan Perpaduan Negara , Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) , Jabatan Hal Ehwal Wanita dan Yayasan Kebajikan Negara(YKN). Jabatan yang penting untuk merealisasikan pelaksanaan perpaduan ialah Jabatan Perpaduan Negara  yang ditubukan pada tahun 1969. Piagam jabatan ini ialah 'Komited untuk mendukung hasrat negara untuk melahirkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu , hidup harmoni , bantu-membantu , penuh dengan semangat muhibah dan penyayang'

No comments:

Post a Comment