Wednesday 10 February 2016

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PERPADUAN DAN INTERGRASI NASIONAL

1. PEMISAHAN TEMPAT TINGGAL ATAU PETEMPATAN
  • Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, masyarakat tinggal di kampung-kampung mengikut kaum masing-masing. 
  • Pemisahan tempat tinggal yang wujud dalam masyarakat negara ini pada awal kemerdekaan sebenarnya berlaku akibat daripada kesan pemecahan yang dilaksanakan semasa pendudukan British. 
  • Pendudukan British di Tanah Melayu pada abad ke-19 telah membawa masuk buruh Cina dan India secara beramai-ramai.
  • Terdapat perkampungan Melayu di kawasan pinggir pekan dan di bandar pula kelihatan kedai-kedai Cina sementara buruh-buruh India bertumpu di ladang-ladang getah. 
  • Di Sabah dan Sarawak pula, wujud perkampungan yang terdiri dari rumah panjang kaum Iban dan kampung kaum Kadazan. Mereka ini terpisah dan berbeza antara satu sama lain. 
2. PERBEZAAN TUMPUAN SEKTOR EKONOMI
  • Pengelompokan petempatan mengikut kaum lahir ekoran pengasihan sektor ekonomi setiap kaum.
  • Orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan nelayan, orang Cina digalakkan untuk bergiat dalam sektor perdagangan dan perlombongan sementara orang India dikekalkan di estet-estet.
  • Aktiviti ekonomi yang berbeza hampir tidak memungkinkan setiap kaum untuk bertemu dan bergaul.
3. PENGASINGAN SISTEM PENDIDIKAN
  • Sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh British menimbulkan masalah perpaduan antara kaum. 
  • Bagi pelajar Melayu, hanya dua jenis sistem pendidikan dibenarkan, iaitu sekolah vernakular Melayu ataupun beraliran Inggeris. Namun, sekolah beraliran Inggeris hanya untuk anak-anak bangsawan.   
  • Pelajaran di sekolah-sekolah Melayu pula hanyalah berbentuk pendidikan asas kerana mereka tidak digalakkan untuk menjadi terlampau pandai dan menguasai bidang akademik. 
  • Bagi masyarakat India, sekolah tamil dibuka di estet-estet. Walaupun guru-guru yang mengajar di sini dibawa dari India, namun mutu pengajaran mereka sangat rendah.   
  • Tidak ada pelajaran pada peringkat menengah dalam bahasa Tamil. 
  • Orang Cina juga mempunyai sistem pendidikan mereka sendiri. Orang Cina memang terkenal dengan tradisi mementingkan pendidikan anak-anak mereka.  
  • Guru-guru dan buku teks yang digunakan di sekolah ini dibawa dari negara China.  
  • Cina lebih mementingkan pergolakan politik, ekonomi dan sosial yang berlaku di negara China berbanding dengan perkembangan di Tanah Melayu.  
  • Fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa pada zaman British, aliran-aliran pendidikan di negara ini berasingan dan memisahkan pandangan dan tumpuan antara kaum.  
  • British tidak bercadang menyatukan semua kaum dalam satu sistem pendidikan kerana hal ini boleh melahirkan semangat perpaduan dan nasionalisme yang sama dalam kalangan rakyat.  
  • Di samping itu, pendidikan memang tidak diberikan kepada penduduk asli Sabah dan Sarawak. 
  • Di Sarawak, keluarga Brooke merasakan anak-anak orang Dayak tidak perlu diberi pendidikan kerana akan memusnahkan kebijaksanaan semula jadi yang wujud dalam budaya mereka.  
  • 4. FAHAMAN DAN PENGARUH POLITIK YANG BERBEZA
  • Fahaman politik setiap kaum juga sangat berbeza. 
  • Bagi kaum Cina dan India, hal-hal yang berlaku di negara asal mereka adalah lebih penting daripada isu politik di Tanah Melayu.
  • Pada tahun 1930-an, telah berlaku pergeseran antara orang Cina dengan Jepun di begara China. 
  • Ramai orang Cina di Tanah Melayu yang terdorong untuk kembali ke tanah air mereka bagi membantu anak-saudara mereka, 
  • Orang India juga masih menganggap India sebagai tanah air mereka dan berharap untuk kembali. 
  • Bagi orang Melayu sendiri, mereka sentiasa ingin memastikan hak dan kepentingan mereka di tanah air sendiri terpelihara. 
  • Kurangnya penyatuan menyebabkan perjuangan orang Melayu hanya tertumpu kepada kaum mereka sendiri dan tidak mengambil kira keadaan kaum-kaum lain. 
  • Selain itu, perasaan curiga sesama kaum menyukarkan mereka untuk bekerjasama. 
  • Fahaman politik yang berbeza juga menyebabkan kesukaran PERIKATAN untuk menang 2/3 majoriti dalam Pilihan Raya 1969 walaupun pada waktu itu MCA dan MIC telah menganggotai PERIKATAN. 
5. MASALAH EKONOMI 
  • Dalam bidang ekonomi, jelas orang Melayu dan penduduk asli lain menguasai bidang yang mundur, iaitu kerja yang memerlukan banyak tenaga manusia dan berteknologi rendah sementara pulangan dan gajinya yang rendah. 
  • Orang Melayu lebih menguasai sektor primer sementara orang Cina menguasai sektor yang lebih maju dan berteknologi moden dan memberi kesan ketidakseimbangan pendapatan. 
  • Ketidakseimbangan pendapatan ini juga menyebabkan setiap kaum saling mencemburui antara satu sama lain. 
  • Orang Melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang Cina, sementara orang Cina dan India pula mencemburui kelebihan orang Melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor-sektor pentadbiran awam. 
6. PERBEZAAN KEPERCAYAAN ATAU AGAMA
  • Secara amnya, setiap kaum menganut agama yang berbeza-beza seperti Melayu beragama Islam, India beragama Hindu dan Cina beragama Buddha. 
  • Selain masyarakat di Semenanjung, ramai kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak pula menganut agama Kristian. 
  • Sebagaimana yang dinyatakan di dalam bab terdahulu, pegangan dan ideologi setiap agama ini berbeza. 
  • Oleh itu, sukar untuk membentuk perpaduan sekiranya tiada sifat tolak ansur bagi setiap kaum dengan fahaman agama kaum lain. 

7. PENGGUNAAN AKHBAR YANG BERBEZA-BEZA 
  • Setiap akhbar mengikut bahasa masing-masing memberikan perhatian secara menyeluruh kepada golongan tertentu sahaja.
  • Akhbar bahasa Cina, misalnya mengutamakan perkembangan dan kejadian yang berlaku di negara China sementara akhbar berbahasa Tamil menonjolkan berita di India. 
  • Perkembangan ini memperkuatkan semangat kecintaan kepada tanah air asal dan kaum masing-masing sahaja serta menyulitkan merekaa untuk memahami bahasa, budaya dan sensitiviti kaum-kaum lain. 
8. PEMERINTAHAN JEPUN
  • Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pernah dijajah oleh Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945.
  • Jepun mengamalkan sikap berat sebelah dengan anti-Cina dan memberikan peluang kepada orang Melayu terlibat dalam sektor pentadbiran.
  • Situasi ini menimbulkan kemarahan orang Cina dan menyemarakkan lagi sentimen perkauman.
  • Apabila Jepun menyerah kalah, iaitu sebelum pihak British kembali ke tanah Melayu, ramai antara kaum Cina yang menganggotai pasukan Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga telah keluar dari hutan membalas dendam terhadap orang Melayu.
  • Pergaduhan yang sengit berlaku antara orang Melayu dengan orang Cina telah melibatkan banyak kematian. 


  • Walaupun Bintang Tiga dapat ditumpaskan setelah kembalinya British, namun sentimen perkauman ini masih kuat dalam kalangan mereka. 

No comments:

Post a Comment