Wednesday 24 February 2016

DEMI PERPADUAN....


Serangkap lagu satu Malaysia di atas menunjukkan betapa pentingnya perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, slogan kata "Satu Malaysia'' yang menjadi pegangan wazir negara kita, Dato' Seri Najib Abdul Razak merupakan satu langkah yang jelas bagi memantapkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, banyak kepentingan yang boleh kita peroleh daripada amalan perpaduan kaum di Malaysia.

Kita Berbeza,Tapi Kita Bersama



Agama tidak menghalang kita untuk menjalinkan persahabatan.Melayu,Cina dan India adalah bukti kasih sayang dariNya untuk kita saling berkenal-kenalan,meskipun kita berbeza anutan agama.


"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal"

1 MALAYSIA



Video animasi pendek tentang menyatupadukan orang dalam konteks 1 Malaysia.

Wednesday 10 February 2016

VIDEO KUMPULAN KAMI MENGENAI KOMPOSISI ETNIK KAUM DI MALAYSIA




MAAF, KUALITI VIDEO AGAK BURUK DISEBABKAN VIDEO INI TERLALU BERAT SIZE NYA LALU KAMI CONVERTKAN. :)

PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

MAKSUD PERPADUAN DAN INTEGRASI
Perpaduan ialah suatu proses penyatuan daripada semua aspek seperti fizikal, sosial, ekonomi dan politik. Integrasi pula melibatkan semua penyatuan di atas termasuk aspek biologikal.
Perpaduan turut didefinisikan sebagai suatu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
Secara umum nya Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum. Mempunyai agama, kebudayaan, adat dan kepercayaan tersendiri. Namun itu lah yang mejadikan Malaysia salah sebuah negara yang unik dari segi kepelbagaian dalam masyarakat. Justeru itu kedua dua konsep ini adalah amat penting bagi mewujudkan perpaduan di Malaysia

ASAS INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL DI MALAYSIA
Pada zaman penjajahan British, pengasingan kaum sangat ketara. Sebahagian besar adalah disebabkan dasar "pecah dan perintah" yang diamalkan oleh British. Jurang pengasingan kaum ini bukan sahaja antara kaum bumiputera dengan bukan bumiputera, bahkan dalam kaum itu sendiri juga. Malahan jurang antara penduduk di kawasan maju dan di kawasan mundur turut jelas diperlihatkan ketika era pemerintahan British.
Justeru fenomena masyarakat majmuk inilah yang perlu diberi perhatian agar perpaduan menjadi kenyataan. Perpaduan dan integrasi boleh didefinisikan sebagai pelaksanaan proses bagi mewujudkan identiti nasional dalam kalangan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Oleh itu sebuah kementerian telah diwujudkan bagi merealisasikan pencapaian konsep perpaduan dan integrasi. Kementerian tersebut adalah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat ditubuhkan pada 27 Oktober 1990.

OBJEKTIF KEMENTERIAN PERPADDUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT SEMASA DITUBUHKAN PADA TAHUN 1990

  • Menggalakkkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan integrasi nasional
  • Memberika bantuan khidmat kebajikan masyarakat
  • Membangun dan mengintegrasikan masyarakat orang Asli
  • Memajukan kepentingan dan penglibatan wanita dalam pembangunan negara
  • Menyelaraskan program kependudukan dan pembangunan keluarga


Bagi melaksanakan usaha kementerian ini, beberapa buah jabatan dibawahnya ditubuhkan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) , Jabatan Perpaduan Negara , Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) , Jabatan Hal Ehwal Wanita dan Yayasan Kebajikan Negara(YKN). Jabatan yang penting untuk merealisasikan pelaksanaan perpaduan ialah Jabatan Perpaduan Negara  yang ditubukan pada tahun 1969. Piagam jabatan ini ialah 'Komited untuk mendukung hasrat negara untuk melahirkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu , hidup harmoni , bantu-membantu , penuh dengan semangat muhibah dan penyayang'

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PERPADUAN DAN INTERGRASI NASIONAL

1. PEMISAHAN TEMPAT TINGGAL ATAU PETEMPATAN
  • Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, masyarakat tinggal di kampung-kampung mengikut kaum masing-masing. 
  • Pemisahan tempat tinggal yang wujud dalam masyarakat negara ini pada awal kemerdekaan sebenarnya berlaku akibat daripada kesan pemecahan yang dilaksanakan semasa pendudukan British. 
  • Pendudukan British di Tanah Melayu pada abad ke-19 telah membawa masuk buruh Cina dan India secara beramai-ramai.
  • Terdapat perkampungan Melayu di kawasan pinggir pekan dan di bandar pula kelihatan kedai-kedai Cina sementara buruh-buruh India bertumpu di ladang-ladang getah. 
  • Di Sabah dan Sarawak pula, wujud perkampungan yang terdiri dari rumah panjang kaum Iban dan kampung kaum Kadazan. Mereka ini terpisah dan berbeza antara satu sama lain. 
2. PERBEZAAN TUMPUAN SEKTOR EKONOMI
  • Pengelompokan petempatan mengikut kaum lahir ekoran pengasihan sektor ekonomi setiap kaum.
  • Orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan nelayan, orang Cina digalakkan untuk bergiat dalam sektor perdagangan dan perlombongan sementara orang India dikekalkan di estet-estet.
  • Aktiviti ekonomi yang berbeza hampir tidak memungkinkan setiap kaum untuk bertemu dan bergaul.
3. PENGASINGAN SISTEM PENDIDIKAN
  • Sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh British menimbulkan masalah perpaduan antara kaum. 
  • Bagi pelajar Melayu, hanya dua jenis sistem pendidikan dibenarkan, iaitu sekolah vernakular Melayu ataupun beraliran Inggeris. Namun, sekolah beraliran Inggeris hanya untuk anak-anak bangsawan.   
  • Pelajaran di sekolah-sekolah Melayu pula hanyalah berbentuk pendidikan asas kerana mereka tidak digalakkan untuk menjadi terlampau pandai dan menguasai bidang akademik. 
  • Bagi masyarakat India, sekolah tamil dibuka di estet-estet. Walaupun guru-guru yang mengajar di sini dibawa dari India, namun mutu pengajaran mereka sangat rendah.   
  • Tidak ada pelajaran pada peringkat menengah dalam bahasa Tamil. 
  • Orang Cina juga mempunyai sistem pendidikan mereka sendiri. Orang Cina memang terkenal dengan tradisi mementingkan pendidikan anak-anak mereka.  
  • Guru-guru dan buku teks yang digunakan di sekolah ini dibawa dari negara China.  
  • Cina lebih mementingkan pergolakan politik, ekonomi dan sosial yang berlaku di negara China berbanding dengan perkembangan di Tanah Melayu.  
  • Fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa pada zaman British, aliran-aliran pendidikan di negara ini berasingan dan memisahkan pandangan dan tumpuan antara kaum.  
  • British tidak bercadang menyatukan semua kaum dalam satu sistem pendidikan kerana hal ini boleh melahirkan semangat perpaduan dan nasionalisme yang sama dalam kalangan rakyat.  
  • Di samping itu, pendidikan memang tidak diberikan kepada penduduk asli Sabah dan Sarawak. 
  • Di Sarawak, keluarga Brooke merasakan anak-anak orang Dayak tidak perlu diberi pendidikan kerana akan memusnahkan kebijaksanaan semula jadi yang wujud dalam budaya mereka.  
  • 4. FAHAMAN DAN PENGARUH POLITIK YANG BERBEZA
  • Fahaman politik setiap kaum juga sangat berbeza. 
  • Bagi kaum Cina dan India, hal-hal yang berlaku di negara asal mereka adalah lebih penting daripada isu politik di Tanah Melayu.
  • Pada tahun 1930-an, telah berlaku pergeseran antara orang Cina dengan Jepun di begara China. 
  • Ramai orang Cina di Tanah Melayu yang terdorong untuk kembali ke tanah air mereka bagi membantu anak-saudara mereka, 
  • Orang India juga masih menganggap India sebagai tanah air mereka dan berharap untuk kembali. 
  • Bagi orang Melayu sendiri, mereka sentiasa ingin memastikan hak dan kepentingan mereka di tanah air sendiri terpelihara. 
  • Kurangnya penyatuan menyebabkan perjuangan orang Melayu hanya tertumpu kepada kaum mereka sendiri dan tidak mengambil kira keadaan kaum-kaum lain. 
  • Selain itu, perasaan curiga sesama kaum menyukarkan mereka untuk bekerjasama. 
  • Fahaman politik yang berbeza juga menyebabkan kesukaran PERIKATAN untuk menang 2/3 majoriti dalam Pilihan Raya 1969 walaupun pada waktu itu MCA dan MIC telah menganggotai PERIKATAN. 
5. MASALAH EKONOMI 
  • Dalam bidang ekonomi, jelas orang Melayu dan penduduk asli lain menguasai bidang yang mundur, iaitu kerja yang memerlukan banyak tenaga manusia dan berteknologi rendah sementara pulangan dan gajinya yang rendah. 
  • Orang Melayu lebih menguasai sektor primer sementara orang Cina menguasai sektor yang lebih maju dan berteknologi moden dan memberi kesan ketidakseimbangan pendapatan. 
  • Ketidakseimbangan pendapatan ini juga menyebabkan setiap kaum saling mencemburui antara satu sama lain. 
  • Orang Melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang Cina, sementara orang Cina dan India pula mencemburui kelebihan orang Melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor-sektor pentadbiran awam. 
6. PERBEZAAN KEPERCAYAAN ATAU AGAMA
  • Secara amnya, setiap kaum menganut agama yang berbeza-beza seperti Melayu beragama Islam, India beragama Hindu dan Cina beragama Buddha. 
  • Selain masyarakat di Semenanjung, ramai kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak pula menganut agama Kristian. 
  • Sebagaimana yang dinyatakan di dalam bab terdahulu, pegangan dan ideologi setiap agama ini berbeza. 
  • Oleh itu, sukar untuk membentuk perpaduan sekiranya tiada sifat tolak ansur bagi setiap kaum dengan fahaman agama kaum lain. 

7. PENGGUNAAN AKHBAR YANG BERBEZA-BEZA 
  • Setiap akhbar mengikut bahasa masing-masing memberikan perhatian secara menyeluruh kepada golongan tertentu sahaja.
  • Akhbar bahasa Cina, misalnya mengutamakan perkembangan dan kejadian yang berlaku di negara China sementara akhbar berbahasa Tamil menonjolkan berita di India. 
  • Perkembangan ini memperkuatkan semangat kecintaan kepada tanah air asal dan kaum masing-masing sahaja serta menyulitkan merekaa untuk memahami bahasa, budaya dan sensitiviti kaum-kaum lain. 
8. PEMERINTAHAN JEPUN
  • Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pernah dijajah oleh Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945.
  • Jepun mengamalkan sikap berat sebelah dengan anti-Cina dan memberikan peluang kepada orang Melayu terlibat dalam sektor pentadbiran.
  • Situasi ini menimbulkan kemarahan orang Cina dan menyemarakkan lagi sentimen perkauman.
  • Apabila Jepun menyerah kalah, iaitu sebelum pihak British kembali ke tanah Melayu, ramai antara kaum Cina yang menganggotai pasukan Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga telah keluar dari hutan membalas dendam terhadap orang Melayu.
  • Pergaduhan yang sengit berlaku antara orang Melayu dengan orang Cina telah melibatkan banyak kematian. 


  • Walaupun Bintang Tiga dapat ditumpaskan setelah kembalinya British, namun sentimen perkauman ini masih kuat dalam kalangan mereka. 

PENGENALAN ETNIK DAN KAUM

PENGENALAN : 
Masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa. Namun campuran ini dalam kata yang sebenar adalah bergaul tetapi tidak bercantum

TAKRIF ETNIK DAN KAUM : 
Etnik didefinisikan sebagai satu kelompok manusia yang mempraktikkan atau mengamalkan budaya yang hampir sama, sama ada dari aspek adat resam, bahasa, pakaian atau kegiatan ekonomi.konsep etnik kebiasaannya dikaitkan dengan konsep ras, bangsa, dan kaum walaupun hakikatnya ketiga ketiga perihal tersebut membawa maksud yang berbeza.Dlam konteks negara malaysia terdapat pelbagai kumpulan etnik yang wujud samada di semenanjung Malaysia mahupun Sabah dan Sarawak.

PENDAPAT DAN PANDANGAN FALSAFAH LAIN: 
Joe R.Feagin dan Clairece Ooher Feagin (1996) mendefinisikan :"A group socially distinguished or set apart, by othersor byitself, primarily on the basis of cultural or national origin characteristics"Milton Gordon's (1964) mendefinisikan :


"Ethnic group is a social group distinguished by race, religion, or national origin''

TAHAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA



   i.                       Akomodasi
Akomodasi merupakan satu proses yang memerlukan kerjasama dua atau lebih pihak yang mempunyai matlamat yang berbeza untuk membentuk satu matlamat yang dapat memuaskan hati kedua-dua pihak tersebut. Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari sertamenghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C, Suasana kompromi ini seterusnya membolehkan kelompok-kelompok yang terlibat meneruskan identiti serta sikap mereka yang berasingan. Penyesuaian amat penting sebagai satu dasar untuk menyelesaikan masalah dalam hubungan etnik. Kejayaan atau berkesannya ‘penyesuaian’ sebagai satu dasar amat bergantung kepada sikap golongan pemerintah dan kelompok-kelompok etnik berkenaan.Aplikasi proses akomodasi adalah sangat penting dalam perpaduan dan integrasi kelompok etnik di Malaysia. Malah ia dianggap sebagai proses yang paling utama lagi kritikal yang sudah diterima dan hayati oleh semua kelompok etnik di Malaysia, samada secara pribadi atau kolektif. Ini terjadi kerana sikap positif saling hormat‐menghormati antara kelompok etnik terhadap nilai dan norma masing‐masing, yang kita boleh ungkapkan ”sama tapi tak serupa.”
                    ii.        Amalgamasi
Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, disini A,B, dan C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgamasi, satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A,B dan C. Sebagai contoh, ....Situasi ini dapat diterangkan dengan wujudnya masyarakat Melayu-Arabyang menetap di Tanah Melayu dikenali sebagai golongan ‘Syed’ .                  

                  iii.    Akulturasi
Akulturasi: merupakan proses penerimaan dan pinjam meminjam usur atau perlakuan budaya antara kelompok etnik yang berbeza.            Walau bagaimanapun penyerapan nilai negatif ada juga berlaku dan selalunya ditolak oleh masyarakat umum dan hanya diamalkan oleh segelintir ahli masyarakat seperti pengaruh black metal di kalangan anak muda. Dari segi ini semua kelompok etnik punyai persamaan. Namun cara masing‐masing, misalnya, merayakan hari kebesaran agama masing‐masing ternyata berbeza. Atas asas persamaan ini setiap kelompok etnik menghormati perayaan masing‐masing. Malah sanggup pula saling merayakan hari‐hari kebesaran tersebut.
                   iv.        Asimilasi
 Asimilasi merupakan satu proses percantuman , ......Asimilasi terbahagi kepada dua iaitu asimilasi struktur dan asimilasi budaya. Asimilasi budaya adalah satu proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya yang lain. Perubahan budaya terjadi hasil daripada hubungan yg berkesinambungan antara dua budaya berbeza dalam satu jangka masa yg berterusan dan perubahan tersebut berlaku sama ada dalam satu atau kedua-dua budaya tersebut.
Formula yang digunakan ialahAb + B + C = Ab + Bb+ Cb–        ‘A’ mewakili kelompok etnik majoriti ;
–        ‘B + C’ mewakili kelompok etnik minoriti;
–        ‘b’ mewakili budaya
Berdasarkan formula tersebut, kelompok minoriti hanya mempelajari & mengamalkan aspek budaya sahaja dari kelompok majoriti. Contohnya adat resam, ilmu pengetahuan dan bahasa .Hasil daripada akulturasi ini, perubahan-perubahan yang bakal terjadi terhadap individu atau kelompok adalah seperti perubahan fizikal, biologikal, budaya, sosial dan psikologikal.Asimilasi struktur pula ialah apabila kelompok minoriti menyertai institusi utama. Contohnya penyertaan dalam institusi politik, sosial, ekonomi dan pendidikan.Kumpulan minoriti tidak kehilangan identiti asal cuma mengalami perubahan dengan menyertai struktur majority. Dalam  Contoh asimilasi struktur ialah proses yang terdapat dalam pelaksaanDEB, sekolah kebangsaan,  parti politik seperti Barisan Nasional dan sebagainya. Formula yang digunakan adalah seperti berikut.Ai + B + C= Ai + Bi + Ci–        ‘A’ mewakili kelompok majoriti
–        ‘B + C’ mewakili kelompok etnik minoriti
–        ‘i’ mewakili institusi
Contoh asimilasi  budaya ialah adaptasi yang berlaku dalam pelbagai bahasa selagi bahasa itu berkembang dan terus hidup termasuklah bahasa Melayu. Bahasa Melayu banyak menyerap bahasa-bahasa asing seperti Sanskrit, Inggeris, Belanda, Jawa, Arab, Nusantara dan juga bahasa daripada pelbagai kaum di Malaysia. Proses ini secara tidak langsung memperkaya kosa kata bahasa Melayu.
                    v.        Segregasi
Segregasi merupakan pemisahan atau pengasingan .Segregasi juga meliputi pengasingan atau pemisahan yang meletakkan hadhad dan sekatan-sekatan tertentu ke atas hubungan, sosial, kontrak dan komunikasi. Secara umumnya, segregasi ini wujud .

ADAT DAN BUDAYA KAUM DI MALAYSIA


KAUM MELAYU







KAUM CINA





KAUM INDIA



KAUM SARAWAK




KAUM SABAH









Wednesday 3 February 2016

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG KAUM DI MALAYSIA


  1. DUB 1012 : PENGAJIAN MALAYSIA TEMA : SEJARAH & LATAR BELAKANG PENDUDUK MALAYSIA

    1.  MALAYSIA • Masyarakat terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa, kebudayaan, dll. • Satu-satunya negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang berjaya mengekalkan keamanan dan perpaduan. • Masyarakat majmuk mempunyai konsep dan sejarahnya yang tersendiri di Malaysia.

    2.  KAUM MELAYU  Ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu  Sehingga tahun 1957, jumlah penduduk Melayu di Tanah Melayu ialah 2, 427, 834 orang iaitu 49.8% drpd jumlah penduduk Tanah Melayu  Kegiatan ekonomi utama masyarakat Melayu persisir ialah perdagangan  Bagi negeri-negeri di pantai timur Semenanjung, penduduk Tanah Melayu tertumpu kepada kegiatan menangkap ikan (nelayan) dan bertani  Bagi kaum wanita di negeri Kelantan dan Terengganu, mereka bergiat dalam aktiviti perniagaan kecil-kecilan

    3. Kegiatan ekonomi utama kaum Melayu ialah perdagangan di samping ekonomi sara diri lain seperti pertanian, penternakan, menangkap ikan dan mengutip hasil hutan  Penguasaan ekonomi kaum Melayu semakin berubah dan merosot setelah campur tangan British  Kemasukan buruh asing telah mengubah struktur ekonomi masyarakat Melayu

    4. KAUM CINA Sebelum kedatangan British, bilangan masyarakat Cina adalah terlalu kecil dan kebanyakannya bekerja sebagai peniaga sahaja  Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai- ramai berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1786, pengambilan Singapura dari tangan Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826  Kebanyakan masyarakat Cina ini berasal dari wilayah Kwangtung dan Tukuin. Ramai juga yang datang dari daerah Amoy, Sen-Yu, Hok-Chiu, Eng Chon dan lain-lain

    5. Pada peringkat awal, buruh-buruh Cina bertumpu di tapak-tapak perlombongan awal seperti di Lukut dan Sungai Ujong  Penghijrahan semakin pesat sejajar dengan perkembangan akativiti perlombongan

    6. KAUM INDIA  Kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada abad ke-19 dan ke-20, sebenarnya hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku lebih awal lagi Penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an  Kebanyakan buruh India datang dari Selatan India Mereka mula bekerja sebagai peladang di ladang-ladang tebu dan kopi di Seberang Perai Tumpuan masyarakat India ini ialah di kawasan- kawasan utama penanaman getah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan

    7.  Catatan menunjukkan sejak tahun 1900 hingga 1910, iaitu seramai 48, 000 buruh India telah berhijrah ke Tanah Melayu  Angka ini meningkat secara mendadak 10 tahun kemudiannya, iaitu antara tahun 1911 hingga 1920 apabila dianggarkan seramai 908,000 buruh India berhijrah ke Tanah Melayu  90% daripada golongan penghijrahan terdiri daripada orang Tamil yang berasal Chennai, sementara selebihnya ialah Telegu dan Malayalam  Selain orang Tamil, terdapat juga orang Punjabi dan Ceylon  Kumpulan etnik penduduk India yang terbesar ialah orang Tamil yang terbentuk 80% daripada keseluruhan penduduk India di Tanah Melayu sementara orang Malayali meliputi 7%

    8. AGAMA & KEPERCAYAAN KAUM MELAYU  Penduduk Melayu di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, amnya menganut agama Islam  Agama Islam dibawa masuk ke Tanah Melayu sejak abad ke-14 atau ke-15 Kesultanan Melayu Melaka memang terkenal sebagai pusat pemerintahan yang berperanan penting dalam memastikan penyebaran dan pengukuhan agama Islam  Agama Islam adalah berkonsepkan kepercayaan kepadaTuhan yang satu  Ajaran ini sememangnya berbeza dengan pegangan masyarakat di Tanah Melayu pada abad ke-7 hingga ke- 13 sebelum ini yang menganut agama Hindu dengan konsep banyak Tuhan

    9.  Dalam agama Islam, al-Quran dijadikan sebagai sumber/asas hukum yang utama bersama-sama dengan panduan daripada amalan Nabi Muhammad SAW seperti hadis  Asas utama dalam ajaran Islam ialah Rukun Islam dan Rukun Iman  Ajaran Islam bermatlamat : a) Melahirkan manusia yang mempunyai konsep kepercayaan yang betul, iaitu hanya percaya kepada kekuasaan Allah semata-mata b) Melahirkan manusia yang mempunyai cara hidup yang tersusun dan bersistematik dalam setiap situasi kehidupan mereka c) Melahirkan manusia yang bertanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini dan sekali gus melahirkan manusia yang mengenali diri dan mempunyai hala tuju hidup

    10. KAUM CINA  Golongan ini turut membawa bersama agama dan kepercayaan yang dianuti mereka ke negara ini dan kekal mengamalkan agama dan kepercayaan masing- masing tanpa halangan dan sekatan  Taoisme a) Merupakan sistem falsafah dan keagamaan Cina b) Pengaruh Taoisme amat meluas c) Kepercayaan ini telah memperkaya ajaran Confucianisme dan membantu memperluas ajaran agama Buddha serta memberikan semangat, inspirasi dan panduan akhlak kepada orang2 Cina d) Taoisme berasal daripada perkataan Tao yang bermaksud 'Jalan' (The Way)

    11. e) Sebagai satu sistem falsafah, Taoisme mengajar pengikutnya untuk mencapai ketenangan jiwa, kedamaian fikiran dan keharmonian emosi f) 2 orang ahli falsafah Taoisme yang terkenal ialah Lao Tzu dan Chuang Tzu g) Ajaran agama Tao telah diasaskan oleh Chang Ling yang dikenali sebagai T'ien Shih (The Heavenly Teacher) dalam kalangan para pengikutnya. Ajaran ini terbahagi dua, iaitu :  Cult of Immortality-Mengajar pengikutnya mencari kehidupan abadi menerusi meditasi, latihan pernafasan, gimnastik, mandi, seni seksual & perubatan  Way of the Heavenly Teacher- Dikembangkan oleh K'ou Ch'ien-chih

    12. Fahaman Confucianisme a) Pengasas >>> Kung Fu Tze (Confucius) b) Lahir pada tahun 551SM dan meninggal dunia ketika berusia 72 tahun c) Merupakan seorang tokoh yg mendapat pendidikan & pernah berkhidmat sebagai majistret dan menteri d) Banyak menghabiskan masa ketika hayatnya dengan menyemak manuskrip2 lama & menyampaikan ajaran2 yang mulia dalam kehidupan e) Conficius mengajar falsafah moral & sosial serta garis panduan tentang tingkah laku berlandaskan nilai2 abstrak seperti kasih sayang, keamanan, keharmonian, kemanusiaan, kebijaksanaan, keberanian dan kesetiaan

    13. Konsep kekeluargaan dalam Confucianisme  Sangat mementingkan organisasi kekeluargaan  Dalam sesebuah keluarga, kasih sayang sesama keluarga (hsiao), ukhuwah (ti), ketaatan kepada ibubapa dan abang sangat dititikberatkan  Menekankan kepatuhan kepada orang yang berkedudukan lebih tinggi  Susunan dalam masyarakat berdasarkan status dan tanggungjawab kepada keluarga  Terdapat satu sistem moral yang sangat penting dikenali sebagai Lima Jenis Perhubungan (Wu Lun)

    14. Ketaatan anak  Penghormatan yang patut diberi oleh anak kepada ibubapa  Menekan kuat konsep pemujaan dan penyembahan terhadap keluarga terutama nenek moyang yang telah meninggal dunia  Sebarang kebaikan atau keburukan yang dilakukan oleh seseorang akan merujuk kepada perbuatan dan gambaran terhadap seluruh keluarganya

    15. Konsep Yin dan Yang  Semua benda yang ada di dunia ini merupakan gabungan unsur pasif (Yin) dan unsur aktif (Yang)  Gabungan Yin dan Yang akan membawa keamanan dan keharmonian Konsep ini menjadi teras kepada amalan masyarakat Cina sehingga kini Yang (kuasa positif) dalam alam seperti panas matahari, bumi dan kering, iaitu tanda2 yang melambangkan kepintaran, kekuatan dan kepimpinan Yin (kuasa negatif) melambangkan kuasa2 negatif alam seperti sejuk, bulan dan lautan yang melambangkan sifat2 lemah, gelap dan pasif

    16. Jen  Bermatlamat membentuk seorang individu bermoral tinggi dan sempurna  Menganggap manusia mempunyai sifat baik semula jadi  Manusia perlu sentiasa bersedia dan membuat kebajikan, mempunyai perasaan empati dan persahabatan  Semua perasaan ini perlu disemai untuk tujuan menguntungkan masyarakat atau orang lain  Ajaran ini boleh dikatakan sebagai perasaan berperikemanusiaan

    17. Chun Zhi  Bermaksud manusia yang benar, manusia yang sempurna dan manusia yang terbaik  Disamakan dengan konsep insan kamil (Manusia Sempurna) dalam agama Islam  Konsep Li  Bermaksud kesopanan, budi pekerti dan pelaksanaan upacara2 (rites)  Bertujuan mewujudkan sebuah negara yang stabil, pemerintah harus mengendalikan sistem pentadbiran berdasarkan konsep ini serta konsep Jen

    18. Nilai Te  Bermaksud persetujuan warganegara kepada nilai moral yang merupakan prasyarat untuk menjadi anggota masyarakat  Jika pemimpinnya terdiri dari kalangan orang yang mampu mengabdikan diri secara jujur kepada kepentingan bersama dan memiliki watak dan kelakuan yang baik supaya boleh melahirkan penghormatan

    19. KAUM INDIA  Agama Hindu ialah agama yang paling banyak dianuti oleh kaum India  Setiap penganut Hindu perlu sentiasa menyesuaikan diri untuk hidup demi masyarakatnya dan berusaha memuaskan hati nenek moyang dan tuhan-tuhannya  Sebagai balasan, Tuhan-tuhan akan menjauhkan mereka daripada penyakit dan sebarang bencana, memanjangkan usia dan membantu mereka menewaskan musuh dalam sebarang peperangan  Terdapat beberapa ciri yang terkandung dalam agama Hindu ini

    20. Kepercayaan kepada dewa-dewa  Asas agama Hindu ialah Tuhan yang satu  Namun, penjelmaan dewa menjadikan agama Hindu sering dilihat beraliran politeisme, walaupun tidak tepat  Konsep ketuhanan merangkumi elemen monoteisme (satu tuhan), politeisme (banyak tuhan), henoteisme (struktur tuhan mengikut kekuasaan), dan panteisme (semua benda adalah tuhan)

    21. Konsep karma dan kelahiran semula  Mereka percaya bahawa kelahiran mereka ke dalam salah satu kasta amat dipengaruhi oleh kelakuan mereka semasa dalam hayat terdahulu  Keperibadian dlam hayat yang sedang dilalui perlulah baik dan berbudi supaya mereka berada dalam kasta yang baik dalam kehidupan yang akan datang  Unsur yang menentukan kasta mana yang harus diduduki selepas kelahiran semula ialah karma  Hukum-hukum karma perlu dipatuhi untuk memastikan kebahagiaan, kemakmuran, dan usia yang panjang

    22. Kitab-kitab Veda  Kitab Veda ialah kitab yang menjadi panduan dalam masyarakat pengamal agama Hindu  Kitab-kitab ini mengandungi riwayat hidup, amalan- amalan politik, kebudayaan, tempat, pakaian, minuman, dan sebagainya  Kitab-kitab ini juga mengandungi ramalan-ramalan tentang kedatangan seorang nabi

    23. MASYARAKAT SARAWAK  Mempunyai lebih kurang 28 kumpulan etnik peribumi  Kaum majoriti di Sarawak meliputi orang Iban (Dayak Laut), orang Melayu dan orang Melanau  Orang Iban  Orang Iban tidak mempunyai agama tertentu  Mereka masih berpegang kepada ajaran animisme Pegangan ini banyak dipengaruhi oleh unsur2 yang dibawa oleh fahaman Hindu-Buddha  Selepas kedatangan kuasa2 Barat, agama Kristian telah dibawa masuk  Kini, sebahagian besar masyarakat Iban beragama Kristian

    24. Orang Iban berpegang kuat kepada kepercayaan tradisional mereka  Contoh, kepercayaan 'miring' iaitu jampi serapah yang dilakukan atas tujuan menolak bala  Mereka sangat patuh kepada pantang larang (mali)  Akan ditimpa bala atau kematian sekiranya melanggar pantang larang  Kepercayaan lain berdasarkan tafsiran mimpi  Aktivit harian dipengaruhi oleh tafsiran mimpi mereka  Aktiviti boleh dibatalkan sekiranya mendapat mimpi yang tidak baik

    25. Orang Melayu  Berpegang kepada agama Islam  Agama ini membentuk ciri-ciri perkampungan mereka seperti bersatu-padu, bertatasusila, bertanggungjawab dan sebagainya  Terdapat masjid di setiap kampung yang menjadi pusat segala kegiatan keagamaan selain bersembahyang  Terdapat juga madrasah yang berperanan sebagai pusat kegiatan Islam  Mereka juga percaya kepada pantang larang tertentu  Pantang larang diamalkan bertujuan memelihara keharmonian kaum dan kampung seluruhnya

    26. Masyarakat Melanau  Asalnya merupakan pagan(tidak mempunyai agama)  Kini, ramai yang beralih kepada agama Islam dan Kristian ekoran pemerintahan Kesultanan Brunei dan kedatangan keluarga Brooke  Sebelum mereka memeluk Islam, mereka juga mempunyai kepercayaan terhadap kuasa ghaib dan kuasa luar biasa  Mereka percaya dunia ini mempunyai tiga lapisan iaitu atas, pertengahan dan bawah yang didalamnya mempunyai unsur baik dan jahat  Kuasa2 ghaib yang menjaga setiap lapisan tidak boleh diganggu

    27. Sekiranya diganggu, masyarakat Melanau akan ditimpa penyakit atau kesusahan  Makhluk2 ini dikenalik sebagai 'jin', 'ipok', 'amok', 'tow', dan 'during'  Sekiranya makhluk ini mengamuk, khidmat dukun atau bomoh digunakan untuk memujuknya  Namun, ekoran pemodenan dan anutan Islam, kepercayaan terhadap kuasa halus semakin berkurangan

    28. MASYARAKAT SABAH  Dikatakan mempunyai lebih daripada 32 suku kaum  Masyarakat Kadazan-Dusun ialah masyarakat terbesar  Asalnya mereka memegang kepercayaan animisme  Sebahagian kecil daripada mereka telah memeluk agama Islam dan Kristian  Di kawasan pedalaman, ramai yang masih pagan (tiada agama)

    29. Masyarakat Kadazan-Dusun  Percaya kewujudan syurga dan neraka  Bagi golongan pagan, mereka percaya sesiapa yang mati, rohnya akan dibawa pergi ke Gunung Kinabalu  Percaya kepada pantang larang dan tafsiran mimpi  Mimpi buruk boleh mempengaruhi keputusan dalam kehidupan mereka  Mempunyai upacara pemujaan seperti 'kaamatan'(pesta menuai)

    30. Masyarakat Bajau  Hampir semua beragama Islam  Anutan ini menjadi pegangan mereka dalam segala aspek kehidupan  Mengamalkan upacara2 agama seperti berkhatan, akad nikah, khatam al-Quran dan lain-lain  Mereka percaya kepada 'jin' iaitu sejenis makhluk yang dianggap mempunyai kuasa luar biasa  Percaya konsep 'tulah' iaitu malapetaka yang ditimpa apabila melanggar adat atau peraturan  Kepercayaan begitu semakin pupus