Wednesday 24 February 2016

DEMI PERPADUAN....


Serangkap lagu satu Malaysia di atas menunjukkan betapa pentingnya perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, slogan kata "Satu Malaysia'' yang menjadi pegangan wazir negara kita, Dato' Seri Najib Abdul Razak merupakan satu langkah yang jelas bagi memantapkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, banyak kepentingan yang boleh kita peroleh daripada amalan perpaduan kaum di Malaysia.

Kita Berbeza,Tapi Kita Bersama



Agama tidak menghalang kita untuk menjalinkan persahabatan.Melayu,Cina dan India adalah bukti kasih sayang dariNya untuk kita saling berkenal-kenalan,meskipun kita berbeza anutan agama.


"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal"

1 MALAYSIA



Video animasi pendek tentang menyatupadukan orang dalam konteks 1 Malaysia.

Wednesday 10 February 2016

VIDEO KUMPULAN KAMI MENGENAI KOMPOSISI ETNIK KAUM DI MALAYSIA




MAAF, KUALITI VIDEO AGAK BURUK DISEBABKAN VIDEO INI TERLALU BERAT SIZE NYA LALU KAMI CONVERTKAN. :)

PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

MAKSUD PERPADUAN DAN INTEGRASI
Perpaduan ialah suatu proses penyatuan daripada semua aspek seperti fizikal, sosial, ekonomi dan politik. Integrasi pula melibatkan semua penyatuan di atas termasuk aspek biologikal.
Perpaduan turut didefinisikan sebagai suatu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
Secara umum nya Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum. Mempunyai agama, kebudayaan, adat dan kepercayaan tersendiri. Namun itu lah yang mejadikan Malaysia salah sebuah negara yang unik dari segi kepelbagaian dalam masyarakat. Justeru itu kedua dua konsep ini adalah amat penting bagi mewujudkan perpaduan di Malaysia

ASAS INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL DI MALAYSIA
Pada zaman penjajahan British, pengasingan kaum sangat ketara. Sebahagian besar adalah disebabkan dasar "pecah dan perintah" yang diamalkan oleh British. Jurang pengasingan kaum ini bukan sahaja antara kaum bumiputera dengan bukan bumiputera, bahkan dalam kaum itu sendiri juga. Malahan jurang antara penduduk di kawasan maju dan di kawasan mundur turut jelas diperlihatkan ketika era pemerintahan British.
Justeru fenomena masyarakat majmuk inilah yang perlu diberi perhatian agar perpaduan menjadi kenyataan. Perpaduan dan integrasi boleh didefinisikan sebagai pelaksanaan proses bagi mewujudkan identiti nasional dalam kalangan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Oleh itu sebuah kementerian telah diwujudkan bagi merealisasikan pencapaian konsep perpaduan dan integrasi. Kementerian tersebut adalah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat ditubuhkan pada 27 Oktober 1990.

OBJEKTIF KEMENTERIAN PERPADDUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT SEMASA DITUBUHKAN PADA TAHUN 1990

  • Menggalakkkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan integrasi nasional
  • Memberika bantuan khidmat kebajikan masyarakat
  • Membangun dan mengintegrasikan masyarakat orang Asli
  • Memajukan kepentingan dan penglibatan wanita dalam pembangunan negara
  • Menyelaraskan program kependudukan dan pembangunan keluarga


Bagi melaksanakan usaha kementerian ini, beberapa buah jabatan dibawahnya ditubuhkan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) , Jabatan Perpaduan Negara , Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) , Jabatan Hal Ehwal Wanita dan Yayasan Kebajikan Negara(YKN). Jabatan yang penting untuk merealisasikan pelaksanaan perpaduan ialah Jabatan Perpaduan Negara  yang ditubukan pada tahun 1969. Piagam jabatan ini ialah 'Komited untuk mendukung hasrat negara untuk melahirkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu , hidup harmoni , bantu-membantu , penuh dengan semangat muhibah dan penyayang'

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PERPADUAN DAN INTERGRASI NASIONAL

1. PEMISAHAN TEMPAT TINGGAL ATAU PETEMPATAN
  • Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, masyarakat tinggal di kampung-kampung mengikut kaum masing-masing. 
  • Pemisahan tempat tinggal yang wujud dalam masyarakat negara ini pada awal kemerdekaan sebenarnya berlaku akibat daripada kesan pemecahan yang dilaksanakan semasa pendudukan British. 
  • Pendudukan British di Tanah Melayu pada abad ke-19 telah membawa masuk buruh Cina dan India secara beramai-ramai.
  • Terdapat perkampungan Melayu di kawasan pinggir pekan dan di bandar pula kelihatan kedai-kedai Cina sementara buruh-buruh India bertumpu di ladang-ladang getah. 
  • Di Sabah dan Sarawak pula, wujud perkampungan yang terdiri dari rumah panjang kaum Iban dan kampung kaum Kadazan. Mereka ini terpisah dan berbeza antara satu sama lain. 
2. PERBEZAAN TUMPUAN SEKTOR EKONOMI
  • Pengelompokan petempatan mengikut kaum lahir ekoran pengasihan sektor ekonomi setiap kaum.
  • Orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan nelayan, orang Cina digalakkan untuk bergiat dalam sektor perdagangan dan perlombongan sementara orang India dikekalkan di estet-estet.
  • Aktiviti ekonomi yang berbeza hampir tidak memungkinkan setiap kaum untuk bertemu dan bergaul.
3. PENGASINGAN SISTEM PENDIDIKAN
  • Sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh British menimbulkan masalah perpaduan antara kaum. 
  • Bagi pelajar Melayu, hanya dua jenis sistem pendidikan dibenarkan, iaitu sekolah vernakular Melayu ataupun beraliran Inggeris. Namun, sekolah beraliran Inggeris hanya untuk anak-anak bangsawan.   
  • Pelajaran di sekolah-sekolah Melayu pula hanyalah berbentuk pendidikan asas kerana mereka tidak digalakkan untuk menjadi terlampau pandai dan menguasai bidang akademik. 
  • Bagi masyarakat India, sekolah tamil dibuka di estet-estet. Walaupun guru-guru yang mengajar di sini dibawa dari India, namun mutu pengajaran mereka sangat rendah.   
  • Tidak ada pelajaran pada peringkat menengah dalam bahasa Tamil. 
  • Orang Cina juga mempunyai sistem pendidikan mereka sendiri. Orang Cina memang terkenal dengan tradisi mementingkan pendidikan anak-anak mereka.  
  • Guru-guru dan buku teks yang digunakan di sekolah ini dibawa dari negara China.  
  • Cina lebih mementingkan pergolakan politik, ekonomi dan sosial yang berlaku di negara China berbanding dengan perkembangan di Tanah Melayu.  
  • Fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa pada zaman British, aliran-aliran pendidikan di negara ini berasingan dan memisahkan pandangan dan tumpuan antara kaum.  
  • British tidak bercadang menyatukan semua kaum dalam satu sistem pendidikan kerana hal ini boleh melahirkan semangat perpaduan dan nasionalisme yang sama dalam kalangan rakyat.  
  • Di samping itu, pendidikan memang tidak diberikan kepada penduduk asli Sabah dan Sarawak. 
  • Di Sarawak, keluarga Brooke merasakan anak-anak orang Dayak tidak perlu diberi pendidikan kerana akan memusnahkan kebijaksanaan semula jadi yang wujud dalam budaya mereka.  
  • 4. FAHAMAN DAN PENGARUH POLITIK YANG BERBEZA
  • Fahaman politik setiap kaum juga sangat berbeza. 
  • Bagi kaum Cina dan India, hal-hal yang berlaku di negara asal mereka adalah lebih penting daripada isu politik di Tanah Melayu.
  • Pada tahun 1930-an, telah berlaku pergeseran antara orang Cina dengan Jepun di begara China. 
  • Ramai orang Cina di Tanah Melayu yang terdorong untuk kembali ke tanah air mereka bagi membantu anak-saudara mereka, 
  • Orang India juga masih menganggap India sebagai tanah air mereka dan berharap untuk kembali. 
  • Bagi orang Melayu sendiri, mereka sentiasa ingin memastikan hak dan kepentingan mereka di tanah air sendiri terpelihara. 
  • Kurangnya penyatuan menyebabkan perjuangan orang Melayu hanya tertumpu kepada kaum mereka sendiri dan tidak mengambil kira keadaan kaum-kaum lain. 
  • Selain itu, perasaan curiga sesama kaum menyukarkan mereka untuk bekerjasama. 
  • Fahaman politik yang berbeza juga menyebabkan kesukaran PERIKATAN untuk menang 2/3 majoriti dalam Pilihan Raya 1969 walaupun pada waktu itu MCA dan MIC telah menganggotai PERIKATAN. 
5. MASALAH EKONOMI 
  • Dalam bidang ekonomi, jelas orang Melayu dan penduduk asli lain menguasai bidang yang mundur, iaitu kerja yang memerlukan banyak tenaga manusia dan berteknologi rendah sementara pulangan dan gajinya yang rendah. 
  • Orang Melayu lebih menguasai sektor primer sementara orang Cina menguasai sektor yang lebih maju dan berteknologi moden dan memberi kesan ketidakseimbangan pendapatan. 
  • Ketidakseimbangan pendapatan ini juga menyebabkan setiap kaum saling mencemburui antara satu sama lain. 
  • Orang Melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang Cina, sementara orang Cina dan India pula mencemburui kelebihan orang Melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor-sektor pentadbiran awam. 
6. PERBEZAAN KEPERCAYAAN ATAU AGAMA
  • Secara amnya, setiap kaum menganut agama yang berbeza-beza seperti Melayu beragama Islam, India beragama Hindu dan Cina beragama Buddha. 
  • Selain masyarakat di Semenanjung, ramai kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak pula menganut agama Kristian. 
  • Sebagaimana yang dinyatakan di dalam bab terdahulu, pegangan dan ideologi setiap agama ini berbeza. 
  • Oleh itu, sukar untuk membentuk perpaduan sekiranya tiada sifat tolak ansur bagi setiap kaum dengan fahaman agama kaum lain. 

7. PENGGUNAAN AKHBAR YANG BERBEZA-BEZA 
  • Setiap akhbar mengikut bahasa masing-masing memberikan perhatian secara menyeluruh kepada golongan tertentu sahaja.
  • Akhbar bahasa Cina, misalnya mengutamakan perkembangan dan kejadian yang berlaku di negara China sementara akhbar berbahasa Tamil menonjolkan berita di India. 
  • Perkembangan ini memperkuatkan semangat kecintaan kepada tanah air asal dan kaum masing-masing sahaja serta menyulitkan merekaa untuk memahami bahasa, budaya dan sensitiviti kaum-kaum lain. 
8. PEMERINTAHAN JEPUN
  • Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pernah dijajah oleh Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945.
  • Jepun mengamalkan sikap berat sebelah dengan anti-Cina dan memberikan peluang kepada orang Melayu terlibat dalam sektor pentadbiran.
  • Situasi ini menimbulkan kemarahan orang Cina dan menyemarakkan lagi sentimen perkauman.
  • Apabila Jepun menyerah kalah, iaitu sebelum pihak British kembali ke tanah Melayu, ramai antara kaum Cina yang menganggotai pasukan Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga telah keluar dari hutan membalas dendam terhadap orang Melayu.
  • Pergaduhan yang sengit berlaku antara orang Melayu dengan orang Cina telah melibatkan banyak kematian. 


  • Walaupun Bintang Tiga dapat ditumpaskan setelah kembalinya British, namun sentimen perkauman ini masih kuat dalam kalangan mereka. 

PENGENALAN ETNIK DAN KAUM

PENGENALAN : 
Masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa. Namun campuran ini dalam kata yang sebenar adalah bergaul tetapi tidak bercantum

TAKRIF ETNIK DAN KAUM : 
Etnik didefinisikan sebagai satu kelompok manusia yang mempraktikkan atau mengamalkan budaya yang hampir sama, sama ada dari aspek adat resam, bahasa, pakaian atau kegiatan ekonomi.konsep etnik kebiasaannya dikaitkan dengan konsep ras, bangsa, dan kaum walaupun hakikatnya ketiga ketiga perihal tersebut membawa maksud yang berbeza.Dlam konteks negara malaysia terdapat pelbagai kumpulan etnik yang wujud samada di semenanjung Malaysia mahupun Sabah dan Sarawak.

PENDAPAT DAN PANDANGAN FALSAFAH LAIN: 
Joe R.Feagin dan Clairece Ooher Feagin (1996) mendefinisikan :"A group socially distinguished or set apart, by othersor byitself, primarily on the basis of cultural or national origin characteristics"Milton Gordon's (1964) mendefinisikan :


"Ethnic group is a social group distinguished by race, religion, or national origin''